Sosiologi Islam: Sains Kemasyarakatan dalam Islam
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Sosiologi Islam: Sains Kemasyarakatan dalam Islam
Author: Ali Syariati
Publisher: Toko Buku Azbakia
ISBN:
Weight: g
Pages: pp
Year: 2026
Price: RM25
Ali Syariati (1977-1933) dilahirkan di Iran, dianggap sebagai cendekiawan progresif Islam abad 20. Seorang ahli sosiologi, pemikir dan revolusioner Iran yang dihormati lantaran karya-karyanya dalam bidang sosiologi agama mendapat sambutan pembaca merentasi agama dan penganut mazhab. Karyanya diminati kerana menggabungkan pemikiran Islam dengan ideologi revolusi untuk menentang rejim Shah Iran.
Buku ini merupakan antara siri kuliah-kuliah yang pernah disampaikan oleh Ali Syariati dalam bahasa Parsi, langsung diterjemahkan – ke bahasa Inggeris – dan dibukukan. Kini, edisi terjemahan bahasa Melayu yang berada di tangan pembaca ini, dipersembahkan dengan olahan laras bahasa yang mudah dan susun atur teks yang lebih bertenaga dengan diberi judul SOSIOLOGI ISLAM: SAINS KEMASYARAKATAN DALAM ISLAM. Saranan dan idea kreatif yang dilontarkan oleh Ali Syariati berhubung sains kemasyarakatan Islam dapat menyedarkan kita betapa kefahaman tentang apakah itu Islam dan ajarannya dapat ditelusuri menerusi disiplin ilmu garapan barat seperti sosiologi, asalkan ia dicerap dengan metode dan pendekatan berasaskan Quran dan sunnah Rasulullah SAW. Meskipun idea yang tertuang di dalam buku ini sudah merentas beberapa dasawarsa namun ia masih relevan dan malar segar untuk diadaptasi dalam era kini.