• my-11134207-820l5-mlptk9i1li4i97
  • my-11134207-820la-mlptkc3dcwedf3
1

Skandal Korporat Urus Niaga Pihak Berkaitan: Kesan Pengkhususan Industri dan Tempoh Pelantikan Semula Juruaudit

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Skandal Korporat Urus Niaga Pihak Berkaitan: Kesan Pengkhususan Industri dan Tempoh Pelantikan Semula Juruaudit

Author: Nur Hidayah Waad, Mohd Mohid Rahmat & Hamezah Md Nor
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294866379
Weight: g
Pages: 126 pp
Year: 
Price: RM35

Skandal perakaunan dunia yang membabitkan urus niaga pihak berkaitan membuktikan bahawa urus niaga tersebut berpotensi untuk disalahgunakan. Keadaan ini bukan sahaja menjejaskan keuntungan pemegang saham syarikat malah meningkatkan kebimbangan pelabur. Oleh itu, usaha membendung penyalahgunaan urus niaga pihak berkaitan menjadi agenda utama dalam pembaharuan tadbir urus korporat. Juruaudit yang berkualiti merupakan mekanisme tadbir urus korporat yang bertanggungjawab untuk memastikan semua aktiviti perniagaan, termasuk urus niaga pihak berkaitan adalah bebas daripada sebarang salah nyata yang material dan didedahkan dengan sewajarnya dalam laporan kewangan. Maka, buku ini mengupas bagaimana pengkhususan industri dan tempoh pelantikan semula juruaudit dikatakan dapat mempengaruhi kualiti juruaudit dan seterusnya dapat meningkatkan kesediaan syarikat untuk mendedahkan urus niaga pihak berkaitan. Justeru, matlamat utama penulis mengkaji hubungan antara pengkhususan industri dan tempoh pelantikan semula juruaudit terhadap magnitud pendedahan urus niaga pihak berkaitan dalam kalangan syarikat tersenarai di Malaysia diulas dengan lebih terperinci berpandukan kupasan kajian lepas dan hasil analisis terkini.