Seni Berpolitik: Menimbang Adab di Relung Kuasa
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Seni Berpolitik: Menimbang Adab di Relung Kuasa
Author: Mujahid Yusof Rawa
Publisher: ILHAM Books
Format: Paperback
ISBN: 9789670067476
Pages:p
Weight: 221g
Year: 2026
Price: RM
Politik tidak pernah sekadar tentang kuasa. Ia adalah amanah yang menentukan arah masyarakat, kualiti pemerintahan dan maruah kehidupan bersama.
Dalam Islam, politik atau siyasah perlu dipandu oleh syariat, adab, keadilan dan kemaslahatan. Namun realiti politik hari ini sering memperlihatkan penyimpangan yang membimbangkan. Fitnah, penunggangan agama, kebencian, rasuah moral, manipulasi sentimen dan perebutan kuasa tanpa prinsip telah menjadikan politik semakin jauh daripada tujuan asalnya.
Seni Berpolitik: Menimbang Adab di Relung Kuasa mengajak pembaca memahami semula politik melalui kerangka Siyasah Syar'iyyah dan adab berkuasa. Buku ini membahaskan politik bukan sekadar sebagai medan persaingan, tetapi sebagai ruang amanah yang menuntut kejujuran, rahmah, hikmah, keadilan dan penghormatan terhadap manusia.
Melalui perbandingan antara politik nilai dan politik biadab, serta pengenalan kepada model politik R.A.H.M.A.H dan politik A.M.A.R.A.H, buku ini menawarkan renungan penting tentang keperluan membina budaya politik yang lebih matang, beradab dan bertanggungjawab demi memakmurkan masyarakat serta negara.