Sembang Falsafah Silam Alam & Manusia
- Regular price
- RM 30.00
- Sale price
- RM 30.00
- Regular price
-
RM 30.00
Share
Sembang Falsafah Silam Alam & Manusia
Author: Makmor Tumin, Benz Ali
Publisher:RepublikBuku
Format: Paperback
ISBN: 9789672288404
Pages: 224
Weight: 232g
Year: 2026
Price: RM 30
Falsafah sering dianggap sebagai bidang yang sukar justeru penuh istilah teknikal, dan sering dikatakan hanya boleh dan mampu difahami oleh kelompok akademik tertentu. Persepsi seperti ini sebenarnya tidak sepenuhnya tepat dan tidak keterlaluan jika dikatakan ianya suatu tanggapan yang tidak sihat. Sejak awal sejarahnya, falsafah bermula daripada soalan yang sangat manusiawi dan sangat dekat dengan kehidupan harian yang diucapkan melalui diskusi atau sembang awam.
Pemikir seperti Thales, Heraclitus, dan Socrates yang idea-ideanya nanti disentuh dalam buku ini, tidak memulakan falsafah dengan bahasa yang rumit.
Mereka memulakannya dengan perhatian atau tumpuan terhadap satu perkara yang sangat sederhana iaitu semacam rasa pelik dan hairan terhadap kejadian di alam atau dunia. Soalan yang dilontarkan mereka sangat mudah dan sangat masuk akal yang antaranya termasuklah seperti yang berikut. Mengapa dunia wujud seperti ini? Apakah asas kepada segala sesuatu kejadian? Apakah maksud kehidupan yang baik?