• Gambar Produk Website (11)
1

Panduan Adab dan Akhlak Muslim

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 25.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Panduan Adab dan Akhlak Muslim

Translator: Imam Al-Ghazali
Publisher: Imam Ghazali Publishing
Format: Paperback
ISBN: 9781966329718
Pages: 147
Weight:
Year: 2026
Price: RM25

Buku Panduan Adab dan Akhlak Muslim ialah terjemahan karya Imam al-Ghazālī yang bertajuk al-Adab fi al-Din. Panduan ringkas namun menyeluruh ini membincangkan adab dan akhlak dalam Islam yang merangkumi pelbagai aspek kehidupan. Karya ini menghuraikan prinsip-prinsip asas adab, iaitu tatacara dan etika yang sepatutnya dipupuk, yang menjadi panduan dalam semua bentuk pergaulan, sama ada dengan orang lain atau diri sendiri.

Berbanding dengan karya lain, buku ini menyerlah kerana pendekatannya yang menyeluruh dan bersifat amali. Karya ini dimulakan dengan perbincangan tentang ang adab dengan Allah, cara seseorang dapat membina rasa takzim, kerendahan hati, dan kesedaran rohani kerana hubungan dengan Sang Pencipta merupakan tunjang akhlak seorang Muslim. Buku ini juga memberi panduan mudah untuk sentiasa mengingati Allah, menunaikan perintah-Nya, dan bersabar dalam menghadapi ujian kehidupan.

Karya ini disusun dengan struktur yang mudah untuk rujukan pembaca bagi bahagian tertentu, bergantung pada konteks pergaulan sesama insan. Imam al-Ghazālī turut menekankan misi Rasulullah dalam menyempurnakan akhlak mulia, sambil menumpukan perhatian kepada ayat-ayat al-Quran dan hadis yang menegaskan kepentingan budi pekerti yang baik.