• Lagenda & Nostalgia Politik Malaysia Vol. 1
1

Lagenda & Nostalgia Politik Malaysia Vol. 1

Regular price
RM 40.00
Sale price
RM 40.00
Regular price
RM 40.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Lagenda & Nostalgia Politik Malaysia Vol. 1

Author: Cikgu Syazmir HN
Publisher: Jingga Press
Format: Paperback
ISBN: 
Pages: 171 p
Weight: 264 g
Year: 2026
Price: RM40

Di sebalik sejarah politik Malaysia yang penuh warna, tersembunyi kisah tokoh-tokoh veteran yang pernah menjadi pencatur utama negara tetapi semakin dilupakan zaman. Lagenda & Nostalgia Politik Volume 1 membawa pembaca menyelusuri perjalanan penuh drama, prinsip, konflik dan perjuangan para pemimpin politik daripada pelbagai kaum, parti dan wilayah termasuklah daripada Tun Abdul Ghafar Baba, Tun Dr Lim Keng Yaik, Karpal Singh, Tan Sri Leo Moggie sehinggalah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan. Buku ini bukan sekadar catatan biografi, tetapi sebuah rakaman perjalanan politik yang pernah membentuk Malaysia hari ini.

Lebih menarik, buku ini turut menghimpunkan pelbagai episod nostalgia politik yang pernah menggegarkan negara. Daripada krisis kepimpinan UMNO, pergolakan MCA, perpecahan politik Sabah, sehinggalah Tsunami Politik 2008 yang mengubah landskap politik tanah air. Ditulis dengan gaya santai tetapi padat dengan fakta dan kisah eksklusif, pembaca akan dibawa memahami sisi sebenar dunia politik Malaysia yang jarang dicatatkan dalam buku sejarah arus perdana. Setiap halaman menyimpan cerita tentang jatuh bangun kuasa, keberanían mempertahankan prinsip dan seni percaturan politik yang penuh pengajaran.

Ditulis oleh Cikgu Syazmir HN, seorang penulis yang aktif menghasilkan rencana politik semasa serta biografi tokoh politik di media sosial, buku ini lahir daripada minat mendalam terhadap sejarah dan nostalgia politik Malaysia. Lagenda & Nostalgia Politik Volume 1 sesuai dibaca oleh pencinta sejarah, pemerhati politik, generasi muda mahupun sesiapa sahaja yang ingin memahami perjalanan sebenar tokoh-tokoh yang pernah mencorakkan negara, Sebuah karya yang bukan sahaja mengimbau sejarah, tetapi turut mengajak pembaca menilai masa depan politik melalui pengalaman masa lalu.