• hududisme (4)
1

Apakah Governans Yang Baik Bagus Untuk Pembangunan?

Regular price
RM 25.00
Sale price
RM 25.00
Regular price
RM 25.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Apakah Governans Yang Baik Bagus Untuk Pembangunan?

Author: Jomo Kwame Sundaram
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864726
Weight: 97 g
Pages: 44 pp
Year: 2025
Price: RM25

Governans baik (good governance) sering diutarakan sebagai ubat mujarab bagi masalah pembangunan. Asal-usul serta implikasi pendekatan 'governans baik akan dikemukakan secara kritis. Pendekatan ini memberi implikasi terdapat model tunggal, iaitu 'satu acuan sesuai untuk semua. Akibatnya, semua pemerintahan tidak boleh diharapkan kerana diandaikan bahawa ahli politik dan pentadbir hanya akan mengejar kepentingan sendiri. Namun, kegagalan pemerintahan tidak bererti pembangunan akan lebih maju tanpa pemerintahan. Maka, pembaharuan harus dipimpin teknokrat 'sedar' di luar politik yang tidak mementingkan diri.

Soal governans mempengaruhi perbahasan tentang pembangunan setelah pembaharuan 'neoliberal' Thatcher dan Reagan mulai 1980-an yang menyusun semula ekonomi dan pemerintahan untuk memperkuatkan kuasa pasaran dan harta persendirian. Kononnya, pembaharuan governans akan menamatkan ketidakcekapan, rasuah dan pemerintahan sesuka hati. Maka, governans menjadi isu penting dalam 'Konsensus Washington". Governans baik akan menyelesaikan 'kegagalan pasaran' kerana 'reformasi institusi' dapat memulihkan pasaran. Indikator governans baik yang luas dipakai, contohnya oleh Bank Dunia dan The Organisation for Economic Co-operation and Development (OECD), tidak mengambil kira sejarah dan keadaan sebenar