• Sabah Selepas Krisis_Front
  • v3 Sabah Selepas Krisis-3
  • v3 Sabah Selepas Krisis-4
  • v3 Sabah Selepas Krisis-5
  • v3 Sabah Selepas Krisis-6
  • v3 Sabah Selepas Krisis-7
  • v3 Sabah Selepas Krisis-8
  • v3 Sabah Selepas Krisis-9
  • v3 Sabah Selepas Krisis-10
  • Sabah Selepas Krisis_Back
1

(PRA-TEMPAH) Sabah Selepas Krisis: PRN Sabah 2025 Dan Politik Negeri Yang Tidak Pernah Benar-Benar Tenang

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

BAKAL TERBIT SEMPENA PESTA BUKU SELANGOR 2026

Sabah Selepas Krisis: PRN Sabah 2025 Dan Politik Negeri Yang Tidak Pernah Benar-Benar Tenang

Author: Rahman Imuda
Publisher: ILHAM Books
Format: Paperback
ISBN: 9789670067506
Pages: 337
Weight: g
Year: 2026
Price: RM

Politik Sabah tidak bergerak dalam satu arah dan memiliki dinamik yang tersendiri. Kerajaan boleh dibentuk melalui peti undi, tetapi kelangsungannya sering ditentukan oleh rundingan, kesetiaan dan keseimbangan kuasa yang sentiasa berubah.   

PRN Sabah 2025 berlangsung setelah negeri ini melalui krisis pembentukan kerajaan pada 2018, pilihan raya ketika pandemik pada 2020 dan percaturan Langkah Kinabalu yang cuba mencederakan kestabilan politik negeri. Semua episod tersebut membentuk memori pengundi serta menentukan cara parti, calon dan gabungan politik menyusun strategi mereka.   

Buku ini cuba membaca pertarungan yang berlaku di sebalik angka - daripada hubungan Sabah dengan Putrajaya, tuntutan MA63, politik pembangunan dan jaringan tempatan, sehinggalah peranan identiti KDM, generasi baharu, media sosial, calon bebas dan perubahan undi masyarakat bandar.  

Keputusan PRN 2025 tidak menghasilkan dominasi mutlak kepada mana-mana pihak. Sebaliknya, rakyat Sabah memberikan satu mandat yang lebih berhati-hati: ruang untuk memerintah, tetapi bukan cek kosong kepada mereka yang berkuasa.  

Inilah politik Sabah selepas krisis, sebuah negeri yang memilih kestabilan, tetapi meletakkan syarat terhadap mereka yang mahu mempertahankannya.