(PRA-TEMPAH) Nama Saya Hasmah - Hardback
- Regular price
- RM 80.00
- Sale price
- RM 80.00
- Regular price
-
RM 80.00
Share
DIBUKA UNTUK TEMPAHAN. JANGKAAN PENGHANTARAN DALAM 3-4 MINGGU
Nama Saya Hasmah
Author: Dr Siti Hasmah Mohd Ali
Publisher: Karangkraf
Format: Hardback
ISBN: 978967860829
Pages: p
Weight: 0.9g
Year: 2018
Price: RM80
NAMA SAYA HASMAH (VERSI BM) (DR SITI HASMAH MOHD ALI)
Sebagai salah seorang doktor wanita Melayu pertama kita, Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tergolong dalam generasi Melayu yang membina sebuah negara merdeka daripada kesan-kesan buruk penjajahan dan peperangan. Beliau meninggalkan perkhidmatan kerajaan apabila suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad mencapai tahap tertinggi dalam hierarki politik, namun 22 tahun selepas itu beliau adalah lebih daripada isteri Perdana Menteri Malaysia yang paling lama berkhidmat. Di peringkat antarabangsa dan dalam negara, beliau kekal sebagai penyokong kuat bagi isu-isu pembangunan kesihatan awam dan sentiasa bergaul bersama rakyat dengan sifat lemah lembut dan lucunya yang terkenal.
'Nama Saya Hasmah' adalah kisah didikannya, karier dalam perubatan dan peristiwa-peristiwa yang penuh mencabar (dan kadang-kadang peristiwa malang) sambil beliau mengembara dunia bersama-sama suaminya. Ini ialah kisah seorang wanita yang bergelut dengan pelbagai peranan - doktor, penyokong, anak perempuan, kakak, isteri, ibu - sambil beliau melayari kehidupan yang penuh pancaroba.
1. Diterjemahkan daripada versi Inggeris - My Name Is Hasmah. Sudah dua kali diulang cetak
2. Menceritakan mengenai rahsia dan kisah-kisah peribadi hidup beliau dari zaman beliau bergelar kanak-kanak, remaja, pelajar, doktor, isteri kepada Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Mohamad sehinggalah gelarannya bertukar menjadi nenek.
3. Juga menceritakan tip dan nasihat dalam kehidupan seorang yang bergelar wanita.
4. Wanita ini pernah bergelar ‘First Lady Malaysia’ ini. Beliau terkenal dengan sifatnya yang merendah diri, sangat menghormati orang lain, mementingkan institusi kekeluargaan dan jarang sekali mencampuri urusan suaminya sepanjang menjadi Perdana Menteri Malaysia.
Zaman kanak-kanak dan remaja beliau cukup berwarna-warni dan hayati bagaimana beliau mengharungi pahit getir kehidupan, berjuang untuk mencari ilmu demi untuk mengejar cita-citanya.
"Banyak rahsia saya terkandung dalam buku ini, kisah ketika kecil serta kehidupan saya sepanjang sebagai isteri bekas perdana menteri.”