• image (40)
1

Amin Sweeney: Mandala Tradisi Lisan Melayu

Regular price
RM 65.00
Sale price
RM 65.00
Regular price
RM 65.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Amin Sweeney: Mandala Tradisi Lisan Melayu

Author: Helmy Muhammad
Publisher: Intisari
Format: Paperback
ISBN: 9786299401414
Weight: 427 g
Pages: 252 pp
Year: 2026
Price: RM65

Amin Sweeney: Mandala Tradisi Lisan Melayu adalah sebuah festschrift untuk seorang sarjana besar Alam Melayu, yang diputera di negeri Orang Putih, dan kemudiannya “masuk Melayu”. Amin Sweeney menyorot Alam Melayu dari tiga sudut secara bertahap: pertama dari luar, awalnya sebagai orang asing berasal dari Ireland; kedua dari dalam sewaktu berasimilasi melalui perkahwinan dengan warga-warga Alam Melayu dan bermastautin selama berdekad di Malaysia dan Indonesia; ketiga serentak dari dalam dan luar membina kefahaman emic dan etic sebagai seorang pengkaji dan sarjana, participant observer, mengenai tradisi lisan, bahasa dan budaya Alam Melayu, yang terhimpun bertimbun semasa di University of California, Berkeley.

Amin Sweeney melihat Alam Melayu sebagai ruang budaya yang dinamik, senantiasa berinteraksi dengan budaya luar dan berubah-ubah. Tradisi lisan Alam Melayu, seperti pantun, hikayat dan cerita penglipur lara bukan warisan beku dan kaku tetapi sistem pemikiran yang hidup terbentuk melalui interaksi global melalui Selat Melaka dan Laut China Selatan yang membawakan pertukaran budaya, perdagangan dan pertembungan idea.