Siri Bicara Perundangan: Jenayah Dalam Teknologi Metasemesta
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Siri Bicara Perundangan: Jenayah Dalam Teknologi Metasemesta
Author: Nurul Raihanah Khairul Ikhsan & Nazura Abdul Manap
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834957896
Pages: 126 p
Weight: 191 gm
Year: 2026
Price: RM28
Pada era digitalisasi ini, perkembangan teknologi di seluruh negara semakin pantas. Pada setiap hari juga, ada sahaja ciptaan teknologi baharu yang dikeluarkan oleh syarikat teknologi di seluruh dunia. Alatan teknologi baharu, aplikasi baharu, kenderaan berteknologi tinggi yang baharu dan bangunan berasaskan teknologi wujud. Metasemesta juga antara satu daripada ciptaan yang diperbaharu menjadi sebuah alam dimensi yang luas dan semakin berkembang dari semasa ke semasa.
Semakin canggih teknologi itu, semakin rumit permasalahan yang akan dialami untuk menggunakan teknologi itu. Satu daripada masalah yang dihadapi ialah jenayah yang berlaku secara berleluasa di alam Metasemesta. Sebagai contoh, jenayah gangguan seksual yang melibatkan pengguna wanita dan kanak-kanak. Jenayah seperti ini sukar untuk dibendung kerana tiada pengawalseliaan di alam Metasemesta. Hal ini akan memberikan kesan buruk kepada kesihatan mental pengguna kerana pengguna atau mangsa akan mengalami trauma.