Menjejaki Sains Tauhidik
- Regular price
- RM 90.00
- Sale price
- RM 90.00
- Regular price
-
RM 90.00
Share
Menjejaki Sains Tauhidik
Author: Mohd Yusof Othman
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
ISBN: 9789834960469
Pages: 447 p
Weight: 543 gm
Year: 2026
Price: RM90
Buku ini berusaha mendidik para pembaca menjejaki kaedah untuk menyepadukan semula ilmu sains dengan pengajian Islam sebagaimana yang pernah dilakukan oleh sarjana Muslim pada zaman peradaban Islam dahulu. Pada zaman tersebut umat Islam amat berpegang teguh pada ajaran agama, apa-apa sahaja ilmu yang mereka peroleh akan diselidik dan diintegrasikan ke dalam acuan Islam. Namun begitu, suasana sekarang telah bertukar. Negara yang umat Islam warisi sekarang mempunyai sistem pendidikan yang telah disekularkan; iaitu terpisah antara sains dengan agama.
Penulis berusaha melontarkan pandangan sama ada ilmu sains sekular sekarang mampu "diislamkan" kembali. Selain itu, penulis berusaha menjelaskan kepentingan ilmu sains dan ilmu agama yang perlu didalami bersama-sama. Hal ini disebabkan jika menguasai ilmu sains semata-mata tanpa memahami ilmu agama, manusia tidak mungkin dapat menjalani kehidupan yang sempurna di dunia ini.
Penulis buku ini, Profesor Emeritus Dato' Dr. Mohd Yusof Hj. Othman merupakan profesor dalam bidang fizik. Kini beliau menyandang jawatan sebagai Timbalan Pengerusi, Institut Kefahaman Islam Malaysia. Atas sumbangan dan kecemerlangannya, beliau telah menerima Anugerah Penghargaan Maal Hijrah Peringkat Kebangsaan 1427 H (2006 M), Tokoh Maal Hijrah Pulau Pinang 1429 H (2008 M), Anugerah WREN PIONEER oleh World Renewable Energy Council/Network pada tahun 2004, Anugerah Top Research Scientist Malaysia oleh Akademi Sains Malaysia pada tahun 2013, Tokoh Bahasa Melayu untuk Ahli Akademik oleh Kementerian Pendidikan Malaysia pada tahun 2013, dan Anugerah Bitara Tokoh, Universiti Kebangsaan Malaysia pada tahun 2025.