• Dia Bukan Al-Mahdi
1

Dia Bukan Al-Mahdi: Satu Perspektif Baru Tersurat Tersirat Tersorok

Regular price
RM 39.00
Sale price
RM 39.00
Regular price
RM 39.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Dia Bukan Al-Mahdi: Satu Perspektif Baru Tersurat Tersirat Tersorok

Author: Ahmad Saifuddin Yusof
Publisher: Aqlam Media
Format: Paperback
ISBN: 9786299571209
Weight: 300 g
Pages: 188 pp
Year: 2025
Price: RM39

Dia Bukan al-Mahdi. Ya, dia yang disangkakan itu bukan al-Mahdi.

Sejarah mencatatkan begitu ramai individu yang tampil dengan keyakinan penuh, mengisytiharkan diri sebagai penyelamat umat, pemimpin yang dijanjikan. Mereka hadir dengan dalil yang dipetik sepotong-sepotong mencipta naratif yang menggugah emosi, lalu mengheret manusia ke dalam kepalsuan yang diselubungi kepercayaan. Lebih mengejutkan, ada yang rela menyerahkan segala-galanya -harta, jiwa, bahkan nyawa- demi sebuah janji yang tidak pernah wujud dalam kenyataan.

Namun, persoalannya, mengapa begitu ramai yang mudah terpedaya: Mengapa sejarah terus berulang dengan kemunculan individu yang mengaku sebagai al-Mahdi, sedangkan hakikatnya mereka bukan? Adakah benar dunia ini sedang menanti al-Mahdi, atau sebenarnya kita sedang menunggu sesuatu yang tidak pernah difahami dengan betul?

Buku ini membongkar kepalsuan yang selama ini dibiarkan berakar dalam pemikiran umat. Dengan hujah yang berpaksikan sumber yang sahih, setiap dakwaan akan dipertimbangkan dengan neraca ilmu, setiap mitos akan dipisahkan daripada realiti. Inilah medan untuk menilai kebenaran tanpa dipengaruhi emosi dan dogma yang ridak bersandarkan dalil.

Jika masih ada keraguan maka tanyakan pada diri -adakah keyakinan itu berdasarkan ilmu atau sekadar desakan perasaan? Kerana pada akhirnya, kebenaran tetap akan berdiri di tempatnya.

Dan kebenaran itu ialah- Dia Bukan al-Mahdi.