• hududisme (8)
  • Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir
  • Terpanggang
  • hududisme (9)
  • Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir (1)
1

Cerita Ka'bah

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Cerita Ka'bah

Author: Tuan Guru Haji Abd al-Rahim bin Idris al-Kalantani
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422891
Weight: 346 g
Pages: 196 pp
Year: 2026
Price: RM45

Judul asal Cerita Ka‘bah ini ialah Tarikh al-Ka‘bah al-Mu‘azzamah: Lunas Perceritaan pada Aḥwal-aḥwal Kelakuan yang Berlaku di atas Ka‘bah Bayt Allah al-Haram, pertama kali dicetak dalam Bahasa Jawi pada tahun 1940. Naskhah ruju‘kan untuk penerbitan edisi Rumi ini adalah daripada cetakan yang telah dikemas kini oleh pengarang pada tahun 1966.

Pengarang menyusun karyanya ini dengan mendahulukan sejarah pembinaan Ka‘bah yang telah melalui tiga belas kali binaan, kemudian diteruskan dengan huraian objek-objek yang terdapat pada Ka‘bah seperti pintunya, kelambunya, perhiasannya dan saluran airnya, sebelum diakhiri dengan ‘adat perbasuhan dan penjagaannya.

Menurut pengarang, beliau telah meruju‘ sejumlah kitab-kitab ‘Arab dalam menghasilkan karya ini, selain “tilikan pandangan dengan mata sendiri di Ka‘bah yang ada sekarang dan dengan peringatan yang saya tahu perkara yang telah berlaku pada masa saya di Makkah al-Musharrafah.”

Selain gambar-gambar lama al-Masjid al-Haram yang diambil dari naskhah ruju‘kan, edisi Rumi ini turut memuatkan sejumlah gambar daripada beberapa sumber sezaman. Istimewa lagi dilukiskan semula lakaran pelan al-Masjid al-Haram pada awal abad ke-20, serta ilustrasi binaan al-Ka‘bah al-Musharrafah.