Model Pendidikan Islam Pembina Peradaban
- Regular price
- RM 85.00
- Sale price
- RM 85.00
- Regular price
-
RM 85.00
Share
Model Pendidikan Islam Pembina Peradaban
Editor: Mohd Farid Bin Mohd Shahran, Zetty Nurzuliana Binti Rashed & Nur Hanani Binti Hussin
Publisher: IKIM
ISBN: 9789832718970
Weight: 700g
Pages: 434
Year: 2024
Price: RM85
Buku ini merupakan rangkuman perbincangan tentang elemen-elemen penting dalam Pendidikan Islam. Antara elemen yang dibahaskan menerusi 11 bab buku ini termasuklah pengaruh pemikiran dan ideologi, teori dan falsafah ilmu, peranan guru dalam proses pengajaran dan pembelajaran, pembinaan kurikulum dan cabaran semasa. Pengaruh pemikiran dan ideologi dihuraikan melalui serangan falsafah sekularisme dan perubahan nilai dalam Pendidikan Islam. Aspek falsafah dan teori ilmu pula ditumpukan melalui perbahasan dalam konsep ilmu (epistemologi) menurut pelajar dan guru Pendidikan Islam. Sementara itu, perbahasan tentang pendekatan dan peranan guru pula dihuraikan melalui bab efikasi kendiri guru, keperluan terhadap pendekatan blended learning dalam pembelajaran dan kepentingan kecerdasan emosi bertauhid dalam Pendidikan Islam. Aspek kurikulum pula disentuh dalam bab pembangunan kurikulum bersepadu antara ilmu naqli dengan aqli. Tidak ketinggalan bab yang mengupas isu pendidikan kesihatan berkeluarga serta kepentingannya dalam Pendidikan Islam.