Perlembagaan Malaysia: Suatu Pengenalan (Edisi Ketiga)
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Perlembagaan Malaysia: Suatu Pengenalan (Edisi Ketiga)
Author: Abdul Aziz Bari
Publisher: ILHAM Books
Format: Paperback
ISBN: 9789670067438
Pages: 240p
Weight: g
Year: 2026
Price: RM
Edisi ketiga ini mengambilkira beberapa perkembangan penting, khususnya beberapa pindaan selepas Pilihan Raya Umum 2018. Ini termasuklah pindaan perlembagaan yang menurunkan had umur mengundi dari 21 kepada 18 tahun, pindaan berhubung dengan lompat parti dan peruntukan kewarganegaraan. Ini semua mempunyai impak yang penting kepada perjalanan perlembagaan itu sendiri yang merupakan nadi kepada kedudukan dan kuasa parlimendan kerajaan yang memerintah selain memberi ruang dan kerangka baru kepada mahkamah dalam fungsi mentafsir perlembagaan. Tidak kurang penting ialah kesan kepada hak dan peranan rakyat dalam pentadbiran negara.
Sehingga ini buku ini masih lagi satu-satunya buku dalam bahasa Melayu yang memberi pengenalan kepada perlembagaan negara. Format asal buku ini masih sama: kesemuanya terdiri dari tiga bahagian; yakni (i) konsep dan sejarah perkembangan secara umum, (ii) huraian mengenai institusi utama perlembagaan yakni institusi beraja, badan perundangan, eksekutif dan badan kehakiman serta (iii) perbincangan tentang beberapa isu dan tema perlembagaan seperti hak asasi, negara persekutuan, isuisu Melayu dan Islam dan seumpamanya.
Sejak edisi yang pertama pada 2014 buku ini adalah mesra pembaca, khususnya rakyat biasa yang tidak mempunyai pendidikan undang-undang. Bagi mereka yang memiliki pendidikan undang-undang atau para peguam buku ini bertujuan mendedahkan kepada mereka aspek aspek realiti dan semasa yang sering dilupakan. Adalah diharapkan pendekatan ini akan menjadikan pemahaman terhadap proses perlembagaan lebih realistik dan berjejak di alam nyata. Apa pun buku ini bukanlah alternatif kepada buku teks undang undang perlembagaan yang ada: ia harus dibaca sebagai pelengkap bagi bahan-bahan tersebut.
Dr ABDUL AZIZ BARI adalah ahli Dewan Negeri Perak bagi Kawasan Tebing Tinggi di Ipoh. Beliau juga pernah duduk di dalam kerajaan negeri selepas Pilihan Raya Umum 2018 sebagai ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan (EXCO) memegang portfolio Pendidikan dan Alam Sekitar. Kemudian beliau menyandang jawatan Ketua Pembangkang Dewan Negeri Perak antara 2020-2022. Sebelum memasuki politik beliau adalah ahli akademik dan pernah mengajar di UIAM dan Unisel selama hampir 25 tahun. Jawatan terakhir beliau di universiti ialah profesor undang-undang di UIAM. Dalam tempoh hampir suku abad itu beliau pernah memikul tanggung jawab sebagai ketua jabatan, timbalan dekan (penyelidikan dan pembangunan) dan editor jurnal undang-undang UIAM. Buku ini adalah buku yang ke 12 beliau mengenai pelbagai aspek perlembagaan negara.