Bukan PhD Beli: Edisi Kedua
- Regular price
- RM 40.50
- Sale price
- RM 40.50
- Regular price
-
RM 45.00
Share
Bukan PhD Beli: Edisi Kedua
Author: Mohamed Hadi A.H
Publisher: ILHAM Books
Format: Paperback
ISBN: 9789670067094
Pages: 224p
Weight: g
Year: 2026
Price: RM45
PhD ini bukan hasil 'sailang-menyailang' dan kerat-mengerat serta salin-menyalin, PhD ini dirangkul dengan keringat sendiri. Segala usaha demi menggenggam PhD dilakukan sendiri tanpa 'campur tangan' sesiapa. Setiap langkah yang diambil perlu diambil dengan berjaga-jaga tanpa terpalit dengan segala ketoksidan. Sebagai seorang pengurus di institusi kewangan Islam yang bekerja sepenuh masa dan menyambung PhD juga sepenuh masa, penulis terpaksa melanjutkan pelajarannya dengan cara yang 'tidak normal PhD 'tidak normal' ini bukanlah sesuatu yang mudah, namun bukanlah mustahil untuk dirangkul, asalkan kena dengan ramuan dan rempah ratusnya.
Selain episod PhD yang ditebuk daripada pengalaman penulis, buku ini turut diseling dengan dunia operasi kewangan Islam dengan tujuan untuk memperbaiki mutu tadbir urus dalam industri kewangan Islam di Malaysia. Walaupun tesis PhD penulis ialah mengenai kewangan Islam, namun liku-liku pengalamannya dalam menyiapkan PhD merupakan kisah yang universal dan boleh diambil pengajarannya oleh mana-mana calon doktor falsafah dalam apa jua bidang.