• 99688262
1

Palestin Sejarah Empat Ribu Tahun

Regular price
RM 50.00
Sale price
RM 50.00
Regular price
RM 50.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Palestin Sejarah Empat Ribu Tahun

Author: Nur Masalha
Translator: Hasnita Shaari
Publisher: Biblio Press
ISBN: 9786297722784
Tahun: 2025
Weight: 468 gm
Pages: 480 m/s
Price: RM50

Dari Zaman Gangsa Akhir hingga ke dunia moden, inilah kisah agung Palestin, sebuah tanah yang menjadi nadi sejarah dan tamadun manusia selama lebih empat ribu tahun.

Dalam karya berwibawa ini, sarjana sejarah terkenal Nur Masalha menyingkap perjalanan panjang Palestin dan rakyatnya, mengungkap budaya. identiti, serta peradaban yang berakar jauh ke dalam sejarah bertulis manusia. Bermula dengan rujukan purba dalam teks-teks Mesir dan Assyria, beliau menelusuri bagaimana Palestin berkembang daripada pusat perdagangan dan budaya kepada lambang ketahanan dan kesinambungan bangsa.

Berdasarkan penyelidikan meluas dan bukti arkeologi terkini, PALESTIN: Sejarah 4000 Tahun membongkar bagaimana masa silam Palestin yang berbilang budaya telah lama diseleweng oleh mitos keagamaan dan naratif moden politik Zionis. Masalha dengan tegas menolak tanggapan bahawa Palestin hanyalah ciptaan moden atau wujud sebagai reaksi terhadap Israel. Sebaliknya, beliau membuktikan identiti Palestin sudah berakar sejak zaman purba, lama sebelum terbentuknya sempadan moden.

Namun naskhah ini bukan sekadar karya sejarah. Ia adalah perjalanan jiwa dan warisan. Kisah tentang manusia, ketabahan, dan makna tanah air yang tidak pernah padam walau dihempas penjajahan dan peperangan. Dalam dunia yang sering keliru antara fakta dan propaganda, karya ini menjadi mercu panduan untuk memahami Palestin dalam seluruh keindahan dan kerumitannya.

PALESTIN: Sejarah 4000 Tahun ialah sebuah catatan mendalam tentang warisan, identiti, dan perjuangan. la satu bacaan wajib bagi sesiapa yang ingin memahami bukan sahaja sejarah sebuah tanah air, tetapi juga denyut nadi kemanusiaan yang mengalir di dalamnya.