Kembara Sufi: Hikmah Dan Rahsia Perjalanan Nabi Musa a.s. Dan Nabi Khidir a.s.
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Kembara Sufi: Hikmah Dan Rahsia Perjalanan Nabi Musa a.s. Dan Nabi Khidir a.s.
Author: Azizan Abdul Rahman
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834957315
Weight: 234 g
Pages: 189 pp
Year: 2026
Price: RM40
Mengungkap tabir perjalanan agung dua insan pilihan Allah SWT. iaitu Nabi Musa a.s. dan Nabi Khidir a.s.. Buku ini membawa pembaca menyelami lautan ilmu tasawuf, makrifat, dan laduni yang jarang dihuraikan secara mendalam. Berpaksikan kisah luar biasa dalam Surah al-Kahf, buku ini mendedahkan simbolisme spiritual, makna hakikat dan syariat, serta ketinggian ilmu laduni yang menjadi anugerah istimewa Ilahi.
Buku ini mengupas persoalan siapakah sebenarnya Nabi Khidir a.s.? Statusnya sebagai wali, nabi atau malaikat? Serta pertemuannya dengan Nabi Musa a.s. di Majma al-Bahrayn. Turut dihuraikan ialah konsep makrifat, karamah para wali, peranan mursyid dalam perjalanan rohani, dan hubungan erat antara syariat dengan hakikat.
Sarat dengan pandangan ulama Rabbani dan refleksi kerohanian, karya ini menjadi teman penting bagi pencinta ilmu tasawuf, penuntut kebenaran, dan mereka yang ingin memahami dimensi batin Islam secara lebih mendalam.
"Satu kembara jiwa yang membuka tabir hikmah di sebalik ilmu zahir dan batin.