• Intelektualisme Islam di Indo-Pakistan
1

Intelektualisme Islam di Indo-Pakistan

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Intelektualisme Islam di Indo-Pakistan

Author: Abdul Rahman Hj. Abdullah
Publisher: Kenyalang Press
ISBN: 9786297919508
Pages: 185 p
Weight: 198 gm
Year: 2026
Price: RM35

Buku Intelektualisme Islam di Indo-Pakistan ini mengandungi dua bahagian. Bahagian Pertama meninjau sepintas lalu sejarah Islam di India, yang bermula dengan penubuhan Kerajaan Ghaznawiyah, diikuti oleh Kesultanan Delhi, dan akhirnya Kesultanan Moghul. Turut ditinjau ialah dasar pentadbiran kesultanan-kesultanan ini serta faktor-faktor luaran dan dalaman yang membawa kejatuhannya.

Bahagian Kedua pula membahaskan tentang intelektualisme Islam melalui peranan ranan tokoh atau gerakan (institusi) yang cenderung menuju ke arah tiga aliran pemikiran besar-tradisional-konservatif atau ortodoks yang cenderung mempertahankan tradisi, liberal-modernis yang sarat terpengaruh dengan tamadun Barat Moden dan aliran revivalis-reformatif yang walaupun kritikal terhadap pengaruh moden tetapi tidak meninggalkan tradisi.

Pembahagian kepada tiga pemikiran seperti ini tidak seharusnya bersifat dikotomi hitam-putih, malah sebaiknya dilihat betapa di suatu sisi walaupun pemikiran tertentu lebih dominan pada tokoh atau gerakan tertentu, tetapi di sisi lainnya terdapat juga pengaruh unsur-unsur tertentu daripada pemikiran lainnya.