Percaturan Kuasa Asia: Memahami Akar Konflik di Asia Timur
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 40.00
Share
Percaturan Kuasa Asia: Memahami Akar Konflik di Asia Timur
Author: Mohd Nasaie Ismail, Budi Riyanto & Anggara Raharyo
Publisher: Saif Edaran Enterprise
Format: Paperback
ISBN: 9789671363829
Pages: 254
Weight:
Year: 2026
Price: RM40
Jika abad ke-20 ditentukan oleh Timur Tengah, abad ke-21 mungkin ditentukan oleh Asia Timur.
Perang seterusnya mungkin tidak bermula dengan serangan peluru berpandu ke atas sebuah bandar. la mungkin bermula di sebuah terumbu karang yang tidak berpenghuni di Laut China Selatan berdekatan Filipina atau di sebuah pulau kecil Taiwan yang menghasilkan sebahagian besar cip paling canggih dunia, atau melalui satu kempen disinformasi yang tersebar lebih pantas daripada mana-mana peluru.
Di sinilah masa depan dunia sedang dipertaruhkan.
China sedang bangkit. Jepun kembali perkasakan ketenteraannya. Taiwan menjadi nadi industri semikonduktor global. Korea Utara terus. memperkukuh senjata nuklear, sementara Amerika Syarikat berusaha mempertahankan susunan serantau yang semakin rapuh. Di tengah-tengah percaturan ini berdiri ASEAN termasuk Malaysia dan Indonesia yang tidak lagi berada di fasa selesa untuk menjadi sekadar pemerhati.
Namun ancaman terbesar abad ini bukan hanya kapal perang dan peluru berpandu, la juga datang dalam bentuk cip semikonduktor, mineral kritikal, kecerdasan buatan, peperangan maklumat, rantaian bekalan, perubahan iklim, serta krisis demografi yang semakin menghakis kekuatan negara-negara besar dari dalam tanpa disedari.
Apa yang berlaku di Asia Timur tidak akan kekal di Asia Timur. la menentukan harga makanan, tenaga, teknologi, perdagangan dan keselamatan dunia,
Persoalannya bukan lagi sama ada percaturan kuasa Asia akan mengubah dunia. Persoalannya ialah sama ada kita memahami peraturan permainannya sebelum terlambat.