Majlis Keselamatan Negara
- Regular price
- RM 28.00
- Sale price
- RM 28.00
- Regular price
-
RM 28.00
Share
Majlis Keselamatan Negara
Author: Siti Sabrina Imji Rahim, Mohd Ikbal Mohd Huda & Ravichandran Moorthy
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294866775
Pages: 218
Weight:
Year: 2026
Price: RM28
Majlis Keselamatan Negara (MKN) merupakan agensi utama yang menggerakkan penyelarasan keselamatan negara Malaysia sejak penubuhannya pada tahun 1971. Bermula dengan pengalaman getir tragedi 13 Mei 1969 melalui MAGERAN, sehingga menangani cabaran kompleks abad ke-21 seperti keganasan, bencana alam, keselamatan siber dan pandemik COVID-19, MKN terus menjadi tulang belakang dalam memastikan kestabilan negara. Buku ini menghuraikan struktur, fungsi dan evolusi MKN dengan tumpuan kepada beberapa aspek penting: pengurusan krisis nasional, kawalan sempadan, dasar keselamatan negara, serta kerjasama dengan pelbagai agensi dan pemegang taruh. Dengan menggabungkan perspektif sejarah, dasar dan pengalaman praktikal, buku ini memberikan gambaran menyeluruh tentang peranan MKN sebagai penyelaras utama keselamatan negara. Ditulis berdasarkan hasil penyelidikan tesis yang mendalam dan disokong oleh data serta wawancara bersama pelbagai pihak, buku ini sesuai untuk pembuat dasar, pengamal keselamatan, akademik, pelajar, dan masyarakat umum yang ingin memahami bagaimana keselamatan negara diurus secara kolektif di Malaysia.
SITI SABRINA IMJI RAHIM, PhD, merupakan Pegawai Tadbir dan Diplomatik di Bahagian Keselamatan dan Ketenteraman Awam, Kementerian Dalam Negeri dan berpengalaman lebih 10 tahun dalam bidang keselamatan negara. MOHD IKBAL MOHD HUDA, PhD, merupakan Pensyarah Kanan, Program Analisis Strategi dan Keselamatan, Pusat Kajian Sejarah, Politik Dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). D. RAVICHANDRAN K. DHAKSINAMOORTHY, PhD, merupakan Profesor, Program Analisis Strategi dan Keselamatan, Pusat Kajian Sejarah, Politik Dan Hal Ehwal Antarabangsa, Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).