• Instrumen
1

Instrumen Nabawi Mendepani Krisis Keselamatan Makanan

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Instrumen Nabawi Mendepani Krisis Keselamatan Makanan

Author: Mohd Farhan Md Ariffin, Khadher Ahmad & Ibrahim Adham Mohd Rokhibi
Publisher: UKM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294865938
Pages: 281
Weight:
Year: 2025
Price: RM45

Buku ini mengupas secara mendalam pendekatan Islam terhadap isu keselamatan makanan melalui analisis hadis-hadis Nabi Muhammad SAW. la bermula dengan menerangkan konsep keselamatan makanan dari sudut teori dan cabaran kontemporari, termasuk perbezaan antara keselamatan makanan dan sekuriti makanan. Penulis kemudian menghuraikan konsep halalan tayyiban sebagai piawalan emas pemakanan Islam, yang menekankan bukan sahaja kehalalan makanan tetapi juga kebersihan dan keselamatannya. Melalui bab-bab pertengahan, buku ini menyusun dan menganalisis pelbagai hadith berkaitan dengan pencemaran makanan dari aspek fizikal, biologi, kimia, udara, air, haiwan, pekerja industri makanan dan penularan wabak. Hasil analisis ini dimanfaatkan dalam pembinaan Hadith Analysis Tool (HAT) sebagai satu instrumen berasaskan hadith yang dirangka bagi membantu pengusaha makanan, terutamanya dalam sektor Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS), mengurus keselamatan makanan secara lebih sistematik dan berpandukan prinsip Islam. Akhirnya, buku ini membentangkan aplikasi praktikal instrumen tersebut dalam konteks PKS di Lembah Klang, serta memberikan saranan dasar kepada pihak berkepentingan termasuk JAKIM dan pengguna. Secara keseluruhan, buku ini merupakan usaha penting dalam merapatkan jurang antara ilmu wahyu dan cabaran realiti semasa dalam isu keselamatan makanan.

MOHD FARHAN MD ARIFFIN, PhD., merupakan Pensyarah Kanan di Pusat Kajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Kepakaran beliau tertumpu kepada Hadith wa 'Ulumuhu, khususnya Hadith Tematik, Syarah Hadith dan Istidlal Hadith. Beliau juga aktif dalam penyelidikan berkaitan kepenggunaan Islam. KHADHER AHMAD, PhD., merupakan Profesor Madya di Jabatan Al-Quran dan Al-Hadith, Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya dan aktif menerbitkan pelbagai karya ilmiah serta menyumbang kepada dunia hadith dan perubatan Islam. IBRAHIM ADHAM MOHD ROKHIBI merupakan pelajar Doktor Falsafah dalam bidang hadith di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia serta berkhidmat sebagai Pegawai Hal Ehwal Islam (Kluster Hadith) di Unit Buhuth, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan.