• my-11134207-820le-mntn3wremolee7
  • my-11134207-820l4-mntn3zmylw5g29
1

Sastera Pelancongan di Malaysia

Regular price
RM 64.00
Sale price
RM 64.00
Regular price
RM 64.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Sastera Pelancongan di Malaysia

Author: Mawar Safei, Noordeyana Tambi & Ermy Azziaty Rozali
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294865372
Weight: g
Pages: 291 pp
Year: 
Price: RM64

Hubungan antara sastera dengan pelancongan silih berperanan sebagai wahana memperkaya pengalaman manusia. Sastera sering menjadi pintu kepada tujuan pelancongan, memperkenalkan keindahan budaya, sejarah dan lapangan sesuatu latar menerusi nukilan karya kreatif seperti novel, puisi, atau cerpen. Pelancongan pula menjelajah inti kesusasteraan dengan memberi peluang kepada penziarah untuk meneroka jejak yang pernah dilalui watak dalam karya yang diabadikan dalam gubahan karya seperti kampung halaman penulis yang diangkat atau tempat yang menjadi latar cerita.

Hubungan ini bukan sahaja menumbuhkan rasa seni, malah ia juga mendorong pembangunan ekonomi dan garis serta lekuk peta pengalaman akliah dan emosi akan sesebuah lingkungan. Buku ini menghimpunkan suara yang menghubungkan belahan ini, mengajak pembaca menyelami keajaiban aksara sastera dalam wilayah pelancongan. Ragam penulisan terdiri daripada contoh sastera pelancongan yang berlaku di setiap negeri di Malaysia. Terdapat beberapa bab yang merakam kesedaran para penulis sendiri bahawa gubahan tulisan kreatif mereka dapat menjadi sumber pancingan pelancongan dan ia merupakan sumbangan yang istimewa.