Terjemahan Kitab Bidayat al-Hidayah (Permulaan Hidayah)
- Regular price
- RM 32.00
- Sale price
- RM 32.00
- Regular price
-
RM 32.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Penterjemah: Mohammad Aizuddin Abdul Aziz, Syed Salim Syed Shamsuddin, Muhammad Farid Wajdi Ab. Rahim
ISBN: 9786297636856
Tahun Terbitan: 2024
Harga: RM 65.00
Jumlah Muka Surat: 160 m/s.
Kitab ini merupakan sebuah ringkasan daripada kitab Ihya' 'Ulum al-Din yang merupakan karya magnum opus Imam Al-Ghazali.
Kitab ini mempunyai tiga bahagian iaitu bahagian berkenaan melakukan ketaatan, meninggalkan maksiat serta adab-adab dengan Pencipta dan makhluk yang diperkuatkan dengan dalil-dalik daripada al-Quran, hadis serta kata-kata hikmah dan syair para ulama.
Ketiga-tiga perbincangan ini merangkumi segala aspek kehidupan seorang Muslim yang bermula daripada bangun tidur di pagi hari sehingga tidur di malam hari.
Karya ini bukan sekadar membahaskan hukum-hakam dalam ibadat seharian, bahkan adab-adab dalam aspek pendidikan, ekonomi, kesihatan, psokologi, personaliti, sosial dan falsafah kehidupan.
Imam al-Ghazali menyatakan bahawa sesiapa yang dapat mengamalkan isi kandungan kitab ini maka dia akan mampu mencapai kepada penghujung (nihayah) bagi hidayah seperti yang disebutkan oleh beliau, "tidak akan sampai nihayat al-hidayah (kesudahan hidayah) kecuali setelah mengukuhkan bidayat al-hidayah (permulaan hidayah) dan tidak akan dapat menyingkapi batin al-hidayah kecuali setelah memahami zahir al-hidayah.
×
×