Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Edisi Kedua
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 55.00
Worldwide shipping
Secure payments
Authentic products
Share
Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara Edisi Kedua
Author: Abu Talib Ahmad
Publisher: Dewan Bahasa Pustaka
ISBN: 9789834905620
Year: 2018
Pages: 537pp
Price: RM55
Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi II) merupakan semakan semula buku Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara yang telah diterbitkan pada tahun 1991 dan selepas lebih 20 tahun, ia memerlukan penambahbaikan dari beberapa sudut termasuk tema perbincangan, tempoh masa dan juga rujukan. Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi I) mengandungi 6 bab dan penambahan dibuat melalui tiga bab, iaitu bab 1, 7 dan 8 dengan sebahagian isi kandungan bab 6 buku asal telah dimasukkan ke dalam bab 8.
Namun Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara (Edisi II) masih mengekalkan dua tema asal yang menjadi tumpuan kajian, iaitu kewujudan tradisi kecil atau rakyat yang merupakan amalan hidup sebahagian besar rakyat Tanah Besar tetapi kini diancam oleh tekanan “modenisasi” dan masalah keselamatan. Tema yang kedua ialah hubungan pusat dengan pinggir/ pusat dengan wilayah atau hubungan kelompok majoriti dan minoriti yang berlainan agama (seperti di Patani) dan juga antara agama dengan budaya yang tidak jauh berbeza (seperti di Myanmar dan Isan). Perhubungan ini dirumitkan oleh masalah integrasi yang melibatkan orang India dan Cina seperti di Myanmar, Kemboja dan Vietnam selepas berakhirnya kolonialisme Barat.
Di Perpustakaan Hamzah Sendut, USM terdapat banyak kajian terbaharu tentang Asia Tenggara yang telah diterbitkan sejak awal tahun 1980-an termasuk dalam bidang sejarah, ekonomi, politik, antropologi-sosiologi, alam sekitar dan sebagainya. Kajian-kailan terbaru turut diterbitkan dalam jurnal yang berkaitan dengan pengajian Asia Tenggara seperti Journal of Southeast Asian Studies dan Journal of Modern Asian Studies. Semua penerbitan ini sangat membantu dalam menyempurnakan semakan semula buku asal Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara.
Sejarah Tanah Besar Asia Tenggara menggunakan Burma, Rangoon atau Myanmar, Yangon masing-masing untuk tempoh sebelum dan selepas 1989.
Perbincangan tentang pelbagai isu sejarah Asia Tenggara yang kini merangkumi 11 buah negara, iaitu Vietnam, Laos, Kemboja, Thailand, Myanmar, Malaysia, Brunei, Filipina, Indonesia, Singapura dan Timor Leste (kemasukan Timor Leste dalam ASEAN masih dalam perbincangan) bertujuan menjelaskan kemajuan penyelidikan serta penulisan berhubung rantau ini serta isu-isu yang menarik perhatian ahli sejarah mahupun sarjana daripada bidang lain berkaitan dengan Asia Tenggara.
×
×