• Abdullah Hassan Demi Memandaikan Bangsa
1

Abdullah Hassan: Demi Memandaikan Bangsa

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 35.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Abdullah Hassan: Demi Memandaikan Bangsa

Author: Salinah Ja'afar
Publisher: Dewan Bahasa & Pustaka
Format: Hardback
ISBN: 9789834954291
Pages: 203 p
Weight: 310 g
Year: 2026
Price: RM35

Biografi Abdullah Hassan ini merupakan buku yang dihasilkan melalui projek Siri Pemikiran Tokoh Bahasa Melayu anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP). Projek ini bertujuan untuk merakamkan dan menghargai jasa tokoh bahasa yang memberikan sumbangan kepada pemerkasaan bahasa Melayu di negara ini. Buku Abdullah Hassan: Demi Memandaikan Bangsa ini mengandungi lima bab yang berkisar tentang sejarah hidup, pengalaman, hasil sumbangan dan jasa, serta pemikiran dan pandangan Abdullah Hassan terhadap dunia ilmu yang berkaitan dengan bahasa Melayu dan juga bahasa-bahasa serumpun. Sejarah hidupnya yang bermula sebagai anak desa sehinggalah diangkat sebagai Profesor Emeritus banyak memberikan pengajaran dan pedoman kepada generasi pada hari ini. Perjalanan akademik beliau bagi menyebarkan ilmu kebahasaan di dalam dan luar negara amatlah bermakna. Pandangan dan pemikiran beliau yang sentiasa peka akan peristiwa dan kebijaksanaan tokoh ilmuwan seluruh dunia juga memberikan idea yang menarik untuk didalami dan dikaji. Pandangan dunia yang begitu meluas dengan harapan yang begitu tinggi demi memandaikan bangsa menjadikan beliau seorang tokoh yang disegani dan dihormati, bukan sahaja dalam kalangan anak didiknya, bahkan juga dalam kalangan tokoh bahasa di dalam dan luar negara. Buku ini sesuai untuk bacaan dan rujukan semua golongan yang berminat untuk mengkaji bahasa dan pemikiran tokoh ilmuwan bahasa Melayu.