Yang Arif, Saya Bantah! - Hanipa Maidin
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Naskhah ini merupakan produk NOS (New Old Stock) — buku baharu daripada stok simpanan lama. Berikutan faktor tempoh penyimpanan, terdapat kesan perubahan warna (kekuningan) pada kertas. Walau bagaimanapun, keadaan fizikal buku amat baik, teks kekal bersih dan jelas, serta tidak menjejaskan keselesaan pembacaan sama sekali.
Yang Arif, Saya Bantah!
Author: Hanipa Maidin
Page : 225 pp.
ISBN: 9789671390795
Publisher: ILHAM Books
Published: 2016
Undang-undang amat berkait dengan keadilan. Sebab itu wujudnya perbahasan panjang adakah boleh kita panggil sesuatu itu undang-undang jika tiada keadilan di dalamnya. Maka sebab itu juga wujudnya istilah keadilan semulajadi (natural justice) yang mana ini suatu yang semua orang boleh menerimanya sebagai satu fitrah.
Undang-undang umumnya adalah satu subjek yang amat beku dan kaku - akta, enakmen, seksyen, artikel, prima facie dan segala macam lagi istilah-istilah perundangan.
Namun adunan undang-undang dan politik berupaya mencairkan yang beku, menggerakkan yang kaku sehingga menghasilkan sebuah buku!
Buku ini merupakan komentar undang-undang dan politik Malaysia dalam bentuk bahasa yang mudah dan mudah difahami oleh masyarakat awam.