Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Antarabangsa
- Regular price
- RM 55.00
- Sale price
- RM 55.00
- Regular price
-
RM 55.00
Share
Teori Dan Konsep Dalam Hubungan Antarabangsa
Author: Ramli Dollah, Rizal Zamani Idris, Asmady Idris, Lai Yew Meng & Kamarulnizam Abdullah
Publisher: Penerbit UMS
ISBN: 9786297662671
Weight: 1072 g
Pages: 740 pp
Year: 2025
Price: RM55
Buku Teori dan Konsep dalam Hubungan Antarabangsa merupakan karya komprehensif yang menghimpunkan pelbagai perspektif penting dalam bidang ini. Ia membincangkan teori aliran perdana seperti Realisme, Liberalisme dan Marxisme, di samping memasukkan pendekatan alternatif termasuk Konstruktivisme, Feminisme, Pasca-Strukturalisme, Pasca-Kolonialime, Teori Kritikal dan lain-lain. Selain itu, buku ini turut memperkenalkan perbincangan teori dan konsep kontemporari dalam subbidang hubungan antarabangsa, khususnya kajian keselamatan dan dasar luar melalui beberapa bab yang menyentuh tentang Keselamatan Insan, Keselamatan Maritim, Sekuritisasi, Hegemoni, Strategi Ketenteraan dan pendekatan Hedging. Sebagai buku pertama yang memberi tumpuan kepada teori dan konsep asas dalam konteks Malaysia, ia bukan sahaja mengisi kekosongan rujukan akedemik berbahasa Melayu, tetapi juga memperkaya wacana ilmiah dalam bidang ini melalui kepakaran sarjana dari pelbagai universiti di Malaysia dan Indonesia. Justeru, buku ini merupakan rujukan penting dan wajib dibaca oleh pelajar, penyelidik, pembuat dasar serta sesiapa yang ingin memahami politik global yang semakin kompleks dan dinamik pada hari ini.