Teori Asas Dalam Praktis Kerja Sosial
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Teori Asas Dalam Praktis Kerja Sosial
Author: Mohd Suhaimi Mohamad et.al
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294861602
Weight: 0.5 kg
Pages: 289
Year: 2024
Price: RM40
Buku ini membincangkan teori dalam praktis kerja sosial yang merangkumi teori-teori asas dalam melakukan praktis kerja sosial dengan pelbagai kumpulan klien. Buku ini memfokuskan kepada 13 perbincangan teori asas dalam praktis kerja sosial beserta contoh kes yang bersesuaian merangkumi Teori Hierarki Keperluan Manusia, Teori Sistem dan Ekologi, Teori Perkembangan Psikososial, Teori Pembelajaran Sosial, Teori Psikoseksual dan Psikodinamik, Teori Perkembangan Kognitif, Teori Peranan, Teori Perapatan, Teori Konflik, Teori Interaksi Simbolik, Teori Struktur Fungsional, Teori Daya Tindak dan Teori Penarikan Diri.
Teori asas dalam praktis kerja sosial merujuk kepada idea-idea yang boleh digunakan oleh pekerja sosial bagi membantu memberikan penjelasan kepada masalah yang dihadapi oleh klien. Dengan adanya teori, ia membantu pekerja sosial membanding, menilai dan mengaitkan andaian dari kerangka teori sedia ada dengan data kes yang diperoleh dari klien. Kerangka teori asas kerja sosial akan membantu pekerja sosial dalam merangka jangkaan hasil pada masa hadapan apabila menjalankan praktis kerja kes dengan individu dan keluarga, kerja kumpulan dan kerja komuniti.
Teori-teori ini penting untuk digunakan oleh pekerja sosial dalam memahami situasi dan isu yang berlaku kepada klien. Intervensi bagi menangani isu-isu sosial dalam masyarakat berdasarkan perspektif teori turut dibincangkan pada bahagian akhir setiap bab yang boleh dijadikan sumber rujukan dan maklumat kepada pelajar, ahli akademik dan pengamal bidang profesion membantu dan menolong secara profesional. Semoga perkongsian buku ini akan memberi pengetahuan dan kemahiran berkaitan teori asas dalam praktis kerja sosial.