• surah_al_fatihah
  • surah_al_fatihah
  • surah_al_fatihah
  • surah_al_fatihah
1

Surah Al-Fatihah (Ibu Al-Quran): Tuntutan Memahami

Regular price
RM 0.00
Sale price
RM 0.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Surah Al-Fatihah (Ibu Al-Quran): Tuntutan Memahami, Tadabbur dan Penghayatan

Author: Jan-Werner Muller
Publisher: UMK Press
ISBN: 9789670021041
Weight: 
Pages: pp
Year: 2022
Price: RM38.00

Surah al-Fatihah adalah satu surah yang ringkas dari segi binaan kalimatnya, namun tetap sarat dan padat dengan maknanya. Dalam surah ini terkandung seluruh objektif (maqasid) al-Quran secara umum (ijamli). Di dalamnya terdapat persoalan pokok dan cabang-cabang agama Islam yang merangkumi sudut akidah, ibadat, hukum-hakam, kepercayaan terhadap hari akhirat serta keimanan terhadap sifat-sifat Allah SWT. Oleh yang demikian, surah ini dinamakan sebagai Umm al-Quran (induk atau ibu al-Quran). Surah ini juga mengajar kita bagaimana untuk menggapai keberkatan dalam setiap sudut kehidupan. Kita diajar mengambil berkat dalam setiap amalan dan perbuatan dengan menyebut nama Allah SWT melalui Basmalah dan mengucapkan kesyukuran (tahmid) dalam setiap permulaan pekerjaan. Surah al-Fatihah membimbing kita bagaimana cara menjalinkan hubungan antara hamba dengan Tuhannya, dan apakah yang perlu dilakukan agar hubungan ini sentiasa erat dan jitu, sehingga hidup dan matinya hanya menuju satu tujuan iaitu demi mencapai keredaan Allah SWT semata-mata. Adalah diharapkan semoga buku kecil ini menjadi pengantar dalam memahami, mendalami dan menghayati surah al-Fatihah, iaitu sebuah surah yang teragung dalam al-Quran.