Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia - Hardback
- Regular price
- RM 65.00
- Sale price
- RM 65.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Sistem Demokrasi Berparlimen Di Malaysia - Hardback
Author: Malike Brahim
Publisher: IBS Buku
ISBN: 9789679503227
Weight: 0.63
Pages:
Year: 2012
Price: RM65
Selepas mencapai kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia terus mengamalkan sistem demokrasi berparlimen ala-British yang sinonim dengan model Westminster. Sistem politik demokrasi berparlimen ini telah dapat diterima dan disesuaikan dengan keadaan geografi dan sistem sosiopolitik di Malaysia yang dihuni oleh masyarakat pelbagai kaum. Pilihan raya merupakan antara perkara asas dan penting dalam sistem demokrasi berparlimen khususnya dalam memilih parti atau perwakilan yang akan diberikan mandat untuk membentuk kerajaan atau menjadi wakil rakyat yang sah. Di samping sistem demokrasi berparlimen, institusi dan sistem beraja turut tidak dapat dipisahkan dalam sistem politik Malaysia, Kuasa dan kedudukan institusi beraja diperuntukkan oleh perlembagaan. Dalam konteks raja berperlembagaan, kuasa Yang di-Pertuan Agong meliputi ketiga-tiga badan pemerintahan, iaitu badan perundangan, eksekutif dan kehakiman. Disebabkan kuasa raja itu terdapat dalam ketiga-tiga badan tersebut, kedudukan raja itu sangat tinggi dalam sistem pemerintahan dan mempunyai kuasa dalam melantik ketua kerajaan di peringkat persekutuan mahupun negeri. Begitulah uniknya sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan di Malaysia.
Sistem Demokrasi Berparlimen di Malaysia cuba mengupas mengenai keistimewaan sistem demokrasi berparlimen dan raja berperlembagaan yang diamalkan di Malaysi. Perbincang nd lam buku ini tidaklah terhad kepada konsep, teori dan struktur sistem demokrasi berparlimen semata-mata tetapi juga merungkaikan isu dan permasalahan dalam evolusi amalan sistem demokrasi berparlimen di Malaysia. Turut dibincangkan ialah sistem raja berperlembagaan yang tidak boleh dipisahkan dari sistem demokrasi berparlimen tersebut.