Pimpinan Menuju ke Tanah Suci
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Pimpinan Menuju ke Tanah Suci
Author: Tuan Guru Ḥāji Muḥammad Sammān Kati
Publisher: Akademi Jawi Malaysia
ISBN: 9789672422877
Weight: 189 g
Pages: 86 pp
Year: 2026
Price: RM25
“Tersusunnya risālah ini ialah semata-semata runsing di hati saya melihat keadaan jamāʻah-jamāʻah ḥaji yang hendak menunaikan rukun yang kelima itu, kebanyakan bakal-bakal ḥaji itu tiada mempunyai apa-apa persediaan pun selain daripada hendakkan ke Makkah sahaja.
Oleh itu amatlah payahnya, tiap-tiap yang datang kepada saya, mereka bawa bersama-sama kepada saya risālah-risālah ḥaji yang dikarang oleh beberapa tokoh pengarang, tetapi malangnya di dalam kebanyakan risālah-risālah itu mengandungi kata-kata dan doʻā’-doʻā’ yang meleret-meleret yang membawa jemu bakal-bakal ḥaji itu, padaḥāl yang amat mustaḥaqq sekali kepada bakal-bakal ḥaji itu ialah sharaṭ-sharaṭ rukun ḥaji dan doʻā’-doʻā’ yang mudah-mudah yang lalu diḥafaẓ oleh mereka di dalam beberapa waqtu yang singkat.
Dari itu, saya yang amat dukacita akan bakal-bakal ḥaji itu cuba menyusun risālah ini dengan secara ringkas kemas yang penting buat bakal-bakal ḥaji, iaitu mengandungi cara-cara melangkah dari rumah, naik kenderaan seterusnya iḥrām, ṭawāf, saʻī, wuqūf dan kewājipan serta adab-adab orang yang mengerjakan ḥaji.”