• Pemulihan-Berasaskan-Komuniti-untuk-Pesalah-Kanak-kanak-di-Malaysia-Intervensi-Perundangan-dan-Kerja-Sosial-680x680
1

Pemulihan Berasaskan Komuniti untuk Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Intervensi Perundangan dan Kerja Sosial

Regular price
RM 90.00
Sale price
RM 90.00
Regular price
RM 90.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Pemulihan Berasaskan Komuniti untuk Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Intervensi Perundangan dan Kerja Sosial

Author: Siti Balqis Mohd Azam, Jal Zabdi Mohd Yusoff dan Siti Hajar Abu Bakar Ah
Publisher: UM Press
ISBN: 9789674884581
Pages: 384pp
Weight: 600gsm
Year: 2026
Price: RM90

Pemulihan Berasaskan Komuniti untuk Pesalah Kanak-kanak di Malaysia: Intervensi Perundangan dan Kerja Sosial membincangkan pemulihan pesalah kanak-kanak yang diperintah melaksanakan Perintah Bon Berkelakuan Baik di bawah seksyen 91(1)(b) AKK 2001, dari perspektif undang-undang dan kerja sosial. Buku ini meneliti kesejajaran dasar dan praktis pemulihan berasaskan komuniti dengan peruntukan instrumen antarabangsa seperti Konvensyen Hak Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (CRC), teori sains sosial, praktis-praktis di negara maju serta pendekatan program pemulihan pemulihan kerja sosial yang dikenali sebagai Terapi Pelbagai Sistem. Gandingan perspektif perundangan dan kerja sosial adalah penting dalam praktis kerja sosial kanak-kanak dan remaja kerana sistem kebajikan kanak-kanak dibangunkan bersama-sama dengan sistem perundangan khusus untuk kanak-kanak. Praktis kerja sosial pemulihan kanak-kanak perlu sejajar dengan perundangan berkaitan kanak-kanak, serta keperluan-keperluan yang disyorkan oleh instrumen-instrumen separa perundangan antarabangsa berkaitan kebajikan hidup kanak-kanak. Kesejajaran ini kritikal bagi memastikan usaha-usaha pemulihan yang dijalankan pada kanak-kanak bukan sahaja mengikut acuan perundangan negara; malah memastikan semua intervensi pemulihan yang disampaikan mengikut agenda pembangunan kanak-kanak sejagat, serta dapat membantu memulihkan kanak-kanak yang berkonflik dengan undang-undang yang optimum.