• d0758e07e3078b2f65fff551422858d1
1

Muda dan Melayu​: Membesar dalam kepelbagaian budaya Malaysia

Regular price
RM 23.00
Sale price
RM 23.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products
Muda dan Melayu: Membesar dalam kepelbagaian budaya Malaysia

Editor: Ooi Kee Beng & Wan Hamidi Hamid

Publisher: Gerakbudaya

ISBN: 9789832344476

Pages: 222pp

Price: RM23

Pengalaman individu, walaupun kuat dipengaruhi oleh jatidiri kelompok, sebenarnya merupakan sesuatu yang unik. Tetapi di Malaysia, di mana identiti kaum menjadi sesuatu yang dipaksakan bagi mengekang pemikiran popular dan mengabsahkan dasar-dasar kerajaan, keunikan individu tidak dipedulikan dan dianggap tidak bernilai – malah oleh para individu sendiri.

Yang menjadi paradoksnya, komuniti yang mungkin paling dikaitkan dengan pemaksaan jatidiri kelompok adalah dari kalangan Melayu sendiri.

Dalam koleksi tulisan yang disunting oleh Ooi Kee Beng dan Wan Hamidi Hamid, Sembilan penulis muda dan berjiwa muda - Haris Zuan, Wan Hamidi Hamid, Zairil Khir Johari, Dyana Sofya Mohd Daud, Altaf Deviyati, Izmil Amri, Syukri Shairi, Raja Ahmad Iskandar, dan Edry Faizal Eddy Yusof - berkongsi kenangan individu membesar di Malaysia, dan dalam beberapa aspek membahaskan politik perkauman yang menjebakkan mereka serta keseluruhan rakyat Malaysia.