• Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir
1

Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Misteri Mayat Gadis Desa & Gila-gila Kehidupan di Pedalaman Mesir (Terjemahan Yaumiyyat Na’ib fi al-Aryaf (1937))

Author: Tawfiq al-Hakim
Translator: Nuzul Haziq
Publisher: IBDE
ISBN: 9786297812106
Weight: 0.5kg
Pages: 200pp
Year: 2026
Price: RM45

Seorang pendakwa raya muda yang penuh cita-cita telah  diutus dari hiruk-pikuk kota ke sebuah desa terpencil Mesir bagi menyiasat jenayah yang berat. Berbekalkan pendidikan perundangan dari benua Eropah, pemuda ini yakin bahawa keadilan dapat ditegakkan di ceruk  pedalaman ini. Namun, segalanya sia-sia. Semakin jauh mengejar kebenaran, semakin jelas kepadanya: keadilan tidak semudah yang disangkakan. Sindiran lucu dalam novel sasterawan besar Mesir ini masih menyinggung kita sehingga kini.


Tentang Pengarang

Tawfiq al-Hakim (1898–1987) sering digelar sebagai Bapa Teater Arab Moden. Selepas menamatkan pengajian undang-undang di Universiti Kaherah, beliau melanjutkan pelajaran ke Paris pada awal 1920-an. Sekembalinya ke Mesir, beliau berkhidmat sebagai timbalan pendakwa raya di kawasan pedalaman dan memberi ilham kepadanya untuk menulis novel yang terkenal Yaumiyyat Na’ib fi al-Aryaf (Diary of a Country Prosecutor) (1937).