• 7.png
  • 7
  • 99699375
  • 99699376
  • 99699375
  • 99699376
1

Mengharmonikan Agama dan Falsafah

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Mengharmonikan Agama dan Falsafah

Editor: Mohd Jamizal Zainol
Translator: Sophia Liebe
Publisher: The Biblio Press
ISBN: 9789671897638
Weight: 0.1 kg
Pages: 92pp
Year: 2021
Price: RM28

Buku ini adalah karya pengenalan yang sangat sesuai buat sesiapa yang berhajat untuk memahami manhaj pemikiran Ibn Rushd al-Andalusi. Karya ini boleh dikatakan sebagai ‘batu asas’ kepada karya-karya beliau yang lain dalam tema falsafah dan teologi, khususnya adikarya beliau Tahafut al-Tahafut.

Buku ini diterjemahkan dengan tajuk mengharmonikan Agama dan Falsafah kerana demikianlah apa yang disuratkan oleh Ibn Rushd pada permulaan karya ini. Buku ini bukanlah seperti karya-karya pengantar kepada falsafah yang lain – yang kebiasaannya bertujuan untuk memberi pengantar kepada sejarah dan tokoh falsafah atau mencirikan setiap bahagian daripada pelajaran falsafah atau mengajak manusia untuk berfalsafah sepanjang pembacaan buku tersebut.

Tetapi Fasl al-Maqal hadir bagi mengharmonikan tuduhan bahawa wujudnya percanggahan antara falsafah dan agama. Dalam konteks dunia intelektual pada masa dan tempat Ibn Rushd, tokoh-tokoh yang dibincangkan oleh beliau adalah seperti al-Farabi, Ibnu Sina dan al-Ghazali.