• j1fgxzMC1772589235-971x1424
  • AD5qGpEj1772589235-968x1424
1

Manfaat Inai dari Perspektif Al-Tibb al-Nabawi dan Fikah Hadis

Regular price
RM 47.00
Sale price
RM 47.00
Regular price
RM 47.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Manfaat Inai dari Perspektif Al-Tibb al-Nabawi dan Fikah Hadis


Author: Muhammad Remy Othman, Khadher Ahmad dan Sayidah Asma Basir

Publisher: USM Press

ISBN: 9786294600379

Weight: gsm

Pages: pp

Year: 2026

Price: RM47


Manfaat Inai dari Perspektif Al-Tibb al-Nabawi dan Fikah Hadis membawa pembaca menyelami khazanah perubatan Islam berkaitan dengan inai (Lawsonia inermis Linn). Tumbuhan ini digunakan sejak zaman berzaman sebagai pewarna alami, khususnya untuk mengubah warna rambut beruban dan menghiasi jari-jemari pengantin wanita, selain digunakan sebagai bahan rawatan bagi luka ringan.


Menurut rekod amalan etnobotani Melayu, daun dan kulit batang inai telah digunakan dalam rawatan berkhatan,

meredakan keradangan kulit serta mempercepat penyembuhan luka selepas bersalin. Buku ini mengumpulkan

hadis-hadis berkaitan dengan inai serta menganalisisnya dari perspektif fikah hadis, merujuk kepada koleksi Al Kutub al-Sittah dan karya Al-Tibb al-Nabawi oleh Ibn Qayyim al-Jawziyyah (691-751 H/1292-1350 M). Melalui karya ini, Ibn Qayyim menjelaskan manfaat inai dalam merawat luka akibat terbakar, kudis, sakit kepala, sakit kaki, seriawan dan kusta.


Selain itu, buku ini turut membincangkan kedudukan inai dalam perundangan moden, khususnıya berdasarkan Akta Perubatan Tradisional dan Komplementari 2016 (Akta 773) yang menggariskan prinsip dan peraturan berkaitan dengan amalan perubatan tradisional di Malaysia. Dengan disiplin hadis, perubatan nabawi serta perspektif saintifik dan perundangan, buku ini membuka ruang kefahaman yang lebih luas berkenaan manfaat inai yang bukan sekadar sebagai pewarna hiasan, tetapi juga sebagai bahan rawatan sémula jadi yang diiktiraf.