• Product website
1

Kompas Surah Yusuf - Syaari Ab Rahman

Regular price
RM 45.00
Sale price
RM 45.00
Regular price
RM 45.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Kompas Surah Yusuf

Author: Syaari Ab Rahman
Publisher: Paradigma Ibrah Sdn Bhd
Format: Paperback
ISBN: 9786299212706
Pages: 290p
Weight: 489g
Year: 2026
Price: RM45

Surah Yusuf bukan sekadar kisah seorang nabi yang lengkap diceritakan dari awal hingga akhir kehidupannya, ia juga sebenarnya adalah kisah terbaik ( ahsan al-Qasas ) yang Allah SWT bentangkan untuk manusia membaca dirinya sendiri.

Di sebalik babak-babak kehidupan yang dialami oleh Nabi Yusuf a.s., semua itu tersimpan pelajaran tentang kerenah manusia yang sentiasa berulang dari zaman ke zaman. Kisah-kisah al-Quran tidak hadir sebagai ukiran sejarah yang hanya indah dipandang seketika. Ia datang sebagai kompas untuk manusia memahami liku-liku kehidupan yang diaturkan oleh Allah SWT untuk mencapai keredaan-Nya.

Kompas Surah Yusuf #1: Dibenci membawa pembaca menyelami tadabbur Surah Yusuf dari ayat 1 hingga 35 yang bermula daripada mimpi Nabi Yusuf a.s., konspirasi saudara-saudaranya, peristiwa telaga, kehidupan di rumah al-‘Aziz  bersama Imra'atul 'Aziz , sehinggalah babak yang membawa baginda ke pintu penjara.

Apabila membaca buku ini, pembaca akan dapat:
1. Memahami Surah Yusuf bukan sekadar kisah, tetapi cermin jiwa manusia yang wujud sepanjang zaman.
2. Menemui hikmah Allah SWT di sebalik ujian yang kelihatan gelap dan menyakitkan.
3. Belajar membina kekuatan jiwa melalui teladan Nabi Yusuf a.s. dan mengambil pengajaran daripada watak-watak yang terdapat dalam surah ini.

Dibenci manusia bukan bermakna terlepas daripada jagaan kasih Allah SWT.