Kompas Surah Al-Insan
- Regular price
- RM 49.00
- Sale price
- RM 49.00
- Regular price
-
RM 49.00
Share
Kompas Surah Al-Insan
Author: Syaari Ab Rahman
Publisher: Paradigma Ibrah Sdn Bhd
Format: Paperback
ISBN: 9786299212720
Pages: 388p
Weight: 607g
Year: 2026
Price: RM49
Bagaimana surah al-Insan yang hanya mempunyai 31 ayat mampu membuatkan seseorang rindu untuk pulang ke syurga?
Surah al-Insan tidak hanya berbicara tentang nikmat syurga, bahkan ia membimbing manusia memahami perjalanan hidup di dunia, iaitu tentang harga diri sebagai manusia, kemanusiaan, empati sesama manusia serta jalan menuju reda Allah SWT.
Karya ini menghimpunkan tadabbur yang mendalam, renungan yang dekat dengan kehidupan serta penemuan-penemuan menarik daripada pelbagai khazanah tafsir. Setiap ayat dikupas dengan penuh jiwa agar pembaca tidak hanya memahami makna, tetapi turut merasai sentuhan tarbiah surah al-Insan.
Mengapa tema “minum-minum” begitu banyak diulang dalam surah ini? Apakah rahsia di sebalik gambaran nikmat syurga yang begitu menyentuh hati? Dan bagaimana surah ini mampu menjadi kompas kehidupan seorang Mukmin?
Melalui buku ini, anda akan dibimbing untuk:
* memahami peta kehidupan menuju reda Allah SWT dan syurga,
* belajar menghargai diri serta berempati kepada manusia,
* menghayati gambaran syurga yang menghidupkan harapan dan kerinduan kepada akhirat.
Akhir kata, jadikan surah al-Insan teman tadabbur anda agar hari Jumaat terasa lebih bermakna, terutama apabila membacanya pada waktu subuh dan hati semakin dekat dengan jalan pulang menuju Allah SWT.