Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Ketiga)
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Ketiga)
Author:
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834956479
Pages: 207
Weight:
Year: 2026
Price: RM25
Buku Garis Panduan Menamai Syarikat, Bangunan, Kawasan Perumahan, Tempat Awam dan Jalan (Edisi Ketiga) ini disediakan sebagai satu usaha untuk memperkasakan dan memartabatkan penggunaan bahasa Melayu yang baik dan indah melalui pelbagai saluran penyampaian maklumat bahasa kepada masyarakat. Buku ini mengandungi garis panduan penamaan dan pekeliling yang berkaitan serta pelbagai contoh pilihan nama dalam bahasa Melayu yang menarik, indah berserta makna yang baik untuk dinamakan pada premis perniagaan, syarikat, bangunan, kawasan perumahan, tempat awam dan jalan yang boleh didapati pada setiap halaman mengikut kategori nama.
Di samping itu, garis panduan ini juga dapat membantu kerajaan negeri, pihak berkuasa tempatan dan pihak-pihak lain yang berkaitan, seperti Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM) dan Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO) memberikan cadangan nama kepada syarikat/individu yang ingin menjalankan perniagaan supaya dapat memilih dan menggunakan nama premis, syarikat, bangunan, kawasan perumahan dan seumpamanya dalam bahasa Melayu yang baik dan indah.
Buku ini amat sesuai dijadikan rujukan oleh pihak yang ingin menubuhkan perniagaan, pemaju perumahan, organisasi kerajaan, institusi swasta mahupun khalayak pembaca umum.