Ekonomi dan Krisis Ekonomi
- Regular price
- RM 60.00
- Sale price
- RM 60.00
- Regular price
-
RM 60.00
Share
Ekonomi dan Krisis Ekonomi
Author: Zulkifli Salleh
Publisher: Dewan Bahasa dan Pustaka
Format: Paperback
ISBN: 9789834959524
Pages: 396
Weight:
Year: 2026
Price: RM60
Buku himpunan makalah ini mengandungi pelbagai peristiwa yang berkait dengan ekonomi yang berlaku dari tahun 2016-2020. Satu tempoh yang menyaksikan ketidakpastian ekonomi global, bermula dengan kemuraman perdagangan antarabangsa. Seterusnya, kepada akibat ekonomi yang berpunca daripada kerebakan dan penularan COVID-19 yang pada mulanya sukar dibendung dan berkesudahan dengan kadar inflasi tinggi yang melanda dunia. Buku yang merupakan lanjutan daripada Krisis Tidak Berhujung dan Kemerosotan Orde Ekonomi Global sekali lagi menunjukkan pemerhatian mendalam penulis terhadap pelbagai peristiwa yang berlaku di dunia. Sekali lagi menunjukkan usaha penulis untuk menyampaikan persoalan yang serius dalam bahasa yang mudah.
Zulkifli Salleh yang pernah berkhidmat sebagai editor di Dewan Bahasa dan Pustaka, secara kreatif seakan-akan mengajak para pembaca bergerak bersama-sama daripada satu peristiwa kepada satu peristiwa.