Diplomasi Ekonomi Pelaburan Langsung Asing dan Jurang Pembangunan di ASEAN
- Regular price
- RM 25.00
- Sale price
- RM 25.00
- Regular price
-
RM 25.00
Share
Diplomasi Ekonomi Pelaburan Langsung Asing dan Jurang Pembangunan di ASEAN
Author: Sufian Jusoh
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294866584
Weight: 200 g
Pages: 100 pp
Year: 2026
Price: RM25
Syarahan ini mengupas satu tajuk yang jarang dibicarakan, iaitu hubungan antara diplomasi ekonomi, pelaburan dan merapatkan jurang kemiskinan. Intipati utama perbincangan syarahan ini berkisar tentang impian ASEAN dan Negara Anggota ASEAN bagi merealisasikan aspirasi pengasas ASEAN seperti yang termaktub dalam Deklarasi ASEAN 1967 dalam tempoh dua dekad akan datang. Adalah menjadi harapan besar agar pada tahun 2045, rantau ini berjaya membasmi kemiskinan serta merapatkan jurang pembangunan melalui aliran masuk pelaburan langsung asing (FDI) yang saksama dengan bantuan diplomasi ekonomi, kepercayaan kepada Pemusatan ASEAN dan Perpaduan ASEAN serta penglibatan Global ASEAN. Impian yang dihasrat menyasarkan pencapaian matlamat Komuniti ASEAN yang bukan sahaja aman dan makmur, malahan rantau ini diiktiraf sebagai sebuah pangkalan pengeluaran dan destinasi pelaburan tunggal.