• photo_6248788051581058936_y.jpg
  • photo_6248788051581058936_y
  • photo_6248788051581058936_y.jpg
  • photo_6248788051581058936_y
  • 99691239
  • 99691240
  • 99691239
  • 99691240
1

Di Dalam Lembah Kehidupan

Regular price
RM 30.00
Sale price
RM 30.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Di Dalam Lembah Kehidupan

Author: HAMKA
Publisher: Jejak Tarbiah
ISBN: 9786297561288
Page: 204 m/s
Year: 2021
Price: RM30

“Jika kita tidak pernah pun mempersoal keadaan setelah kita begitu enak hidup di zon selesa, how dare we claim that we have nothing to do with the sufferings of others?”

Membaca satu demi satu cerita pendek yang mengumpulkan kisah air mata, kesedihan, dan rintangan yang dideritai oleh segolongan manusia di muka bumi ini, membuat saya sedar begitu banyak hal yang masih perlu saya betulkan di hidup sendiri.

Awalnya saya kurang mengerti mengapa setiap cerita berakhir dengan jeda kesedihan yang panjang. Perasaannya bagai digantung, tidak mungkin dilepaskan. Setelah membaca semula kata-kata HAMKA di bahagian hadapan, barulah saya mengerti.

“Semoga cerita serta hikayat pendek ini bisa dibaca oleh orang yang senang hidupnya. Semoga mereka sedar bahawa di sebalik kehidupan ini ada orang yang sulit kondisi dan keadaannya bahawa tidak sedikit makhluk yang kecewa dan melarat, yang sudah patah sayapnya sebelum terbang, terkulai dan jatuh sehingga tidak dapat bangkit lagi.”

Pada banyak waktu, kita dikejar kesibukan sehingga tidak sempat pun meluangkan masa untuk ke lapangan dan menyaksikan sendiri betapa dunia berlaku terlalu kejam terhadap sebahagian insan. Sekurang-kurangnya, bacaan begini dapat membuka mata kita untuk lebih berempati dan berhati-hati dalam tindakan dan perkataan.

Nik Nur Madihah