• Asean Way Dan Tatanan Keselamatan Asia Tenggara
1

Asean Way Dan Tatanan Keselamatan Asia Tenggara

Regular price
RM 38.00
Sale price
RM 38.00
Regular price
RM 38.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Asean Way Dan Tatanan Keselamatan Asia Tenggara

Author: Muhammad Luqman Rosli, Zarina Othman & Abdul Muein Abadi
Publisher: UUM Press
Format: Paperback
ISBN: 9786294913165
Pages: 164 p
Weight: 274 g
Year: 2026
Price: RM38

ASEAN Way dan Tatanan Keselamatan Asia Tenggara menghujahkan bahawa ASEAN Way bukan sekadar norma diplomatik pasca-kolonial, tetapi merupakan suatu tatanan keselamatan serantau yang berakar dalam budaya politik pra-moden dan pengalaman-pengalaman berasaskan konflik negara-negara ASEAN. Berbeza daripada tanggapan lazim yang melihatnya sebagai suatu persatuan keserantauan dengan konsensus longgar, buku ini menunjukkan bahawa ASEAN Way terbina daripada antagonisme berstruktur, kepatuhan berhierarki dan toleransi pragmatik di antara negara-negara anggotanya.

Buku ini menelusuri evolusi tiga prinsip teras ASEAN Way; dasar tidak campur tangan, ketidakgunaan kekerasan dan berkecuali daripada penubuhannya sehinggalah fasa pengujiannya yang berulang kali. Melalui analisis konflik Indochina (1975-1991), pertikaian wilayah Laut China Selatan dan paradoks pemangkalan ketenteraan asing bersama komitmen ZOPFAN, buku ini menunjukkan bahawa ASEAN Way sentiasa menjadi instrumen yang dirundingkan secara aktif, bukan suatu norma yang pasif.

Buku ini turut meneliti tekanan yang dihadapi ASEAN Way akibat ancaman keselamatan bukan tradisional: krisis demokrasi Myanmar dan batas dasar tidak campur tangan, jenayah transnasional merangkumi pelanunan, pemerdagangan manusia dan sindiket dadah, serta ancaman keselamatan iklim. Bab-bab ini berhujah bahawa mekanisme konsensus ASEAN Way, yang direka untuk era persaingan antara negara secara tradisional, tidak cukup lengkap untuk menangani ancaman yang bersifat merentas sempadan dan menuntut tindakan kolektif secara segera.