Pengenalan Asas Bimbingan Dan Kaunseling Daripada Perspektif Islam
- Regular price
- RM 29.00
- Sale price
- RM 29.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Pengenalan Asas Bimbingan Dan Kaunseling Daripada Perspektif Islam
Author: Mohd Radhi Abu Shahim, Kamarul Md. Shah & Awang Koding Che Tom
Publisher: UMT Press
ISBN: 9789672320227
Weight: 0.306 kg
Pages: 144pp
Year: 2022
Price: RM29
Perkhidmatan bimbingan dan kaunseling telah lama bertapak dalam alam Melayu yang lebih sinonim dengan panggilan nasihat, teguran pandangan dan tunjuk ajar Islam sendiri melihat konteks bimbingan dan kaunseling dari sudut yang lebih luas dengan mengaitkan perkhidmatan bimbingan dan kaunseling merupakan tugas dan diamanahkan kepada seluruh umat manusia sebagai amanah dakwah seperti dalam firman-Nya dalam surah Al-Imran ayat 104 yang bermaksud "Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung Perkhidmatan Bimbingan dan Kaunseling secara langsung menyentuh persoalan manusia yang seharusnya dirujuk kepada sumber yang sebenar iaitu al-Quran dan Hadis.
Al-Quran telah banyak memperkatakan tentang manusia dengan begitu jelas dan nyata bermula daripada proses kejadian awal manusia iaitu Nabi Adam as sehinggalah kepada kematian dan hidup semula manusia di alam akhirat. Begitu juga Hadis Rasulullah SAW yang telah menghuraikan dengan terperinci sekali sifat yang dimiliki oleh manusia secara individu, keluarga, masyarakat dan Negara. Buku ini juga cuba menyentuh persoalan manusia yang mempunyai perspektif berbeza dari apa yang didapati daripada ilmu Barat. Pendekatan Islam merupakan satu asas yang bertunjangkan kepada ketuhanan dan keimanan kepada Pencipta. Begitu juga ia menghargai peranan manusia sebagai "Khalifah di muka bumi ini yang berjalan selari dengan tuntutan ketauhidan dan pengabdian hidup kepada Allah SWT.