Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam
- Regular price
- RM 65.00
- Sale price
- RM 65.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam - Hardback
Author: Siddiq Fadzil
Publisher: Aras Mega
ISBN: 9786299661115
Weight: 0.927
Pages: 521
Year: 2022
Price: RM65
Buku Fikrah Siddiq Fadzil: Citra Budaya dan Peradaban Melayu-Islam merupakan himpunan cetusan apresiasi mendalam penulis terhadap kehadiran Islam ke Alam Melayu yang dianggapnya sebagai sebuah anugerah Allah S.W.T. yang amat berharga. Menyedari bahawa khazanah yang ditinggalkan Islam belum sepenuhnya dimanfaatkan oleh umat manusia maka di sinilah bermulanya pena Siddiq Fadzil beraksi merakamkan seluruh naratif berhubung dengan sejarah kedatangan, penyebaran Islam di rantau Alam Melayu.
Sebagai seorang Ilmuwan dalam pelbagai bidang ilmu di samping sarjana dalam bidang budaya, bahasa dan sastera, beliau telah mencurahkan pemikirannya dalam bingkai Islam sebagai ra?matan lil-‘?lam?n, yang memanusiakan manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi.
Kehadiran Islam terhadap manusia menerusi proses ta?r?r?: bebas daripada sebarang perhambaan, kecuali menghambakan kepada Allah, diikuti dengan proses tanw?r?, yakni pencerahan nilai-nilai Islam menerusi penguasaan ilmu dan proses taghy?r?, yakni perubahan sikap dengan memperbaiki diri menerusi usaha dan tindakan.
Atas bingkai inilah, sebanyak empat puluh dua bab dihurai dan dibahas beberapa persoalan dan isu yang dihadapi dalam empat tema: pertama, Pertumbuhan Budaya Islam dan Peranan Para Ilmuwan; kedua, Pemerkasaan Bahasa, Sastera, Budaya dan Transformasi Sosial; ketiga, Islam dan Isu-isu Politik dan keempat, Cabaran dan Harapan.