• 99688695
  • 99688696
  • 99685358
  • 99685359
  • 99682264
  • 99682265
  • 99679514
  • 99679515
  • 99676753
  • 99676754
  • 99667955
  • 99667956
  • 99688695
  • 99688696
  • 99685358
  • 99685359
  • 99682264
  • 99682265
  • 99679514
  • 99679515
  • 99676753
  • 99676754
  • 99667955
  • 99667956
1

Buku Peringatan 150 Tahun: Masjid Muhammad (1867 - 2017)

Regular price
RM 35.00
Sale price
RM 35.00
Regular price
RM 0.00
Worldwide shipping | ILHAM Books
Worldwide shipping
Secure payments | ILHAM Books
Secure payments
Authentic products | ILHAM Books
Authentic products

Buku Peringatan 150 Tahun: Masjid Muhammad (1867 - 2017)

Author: Raja Norafida Raja Idris
Publisher: Majlis Agama Islam Dan Adat Istiadat Melayu Kelantan
ISBN: 9789832391524
Weight: 309 g
Pages: 118 pp
Year: 2021
Price: RM35

Meski tidak termasuk dalam senarai masjid lama dan bersejarah di Nusantara seperti Masjid Bayt al-Rahman di Acheh atau Masjid Agong Demak di Jawa Timur atau Masjid Wadi al-Husain di Pattani, akan tetapi Masjid Muhammadi, Kota Bharu (dibangunkan pada 1867), punya sisi menarik yang tak sepatutnya diabaikan. Sisi yang dimaksudkan ini tidak lain ialah peranannya sebagai "Universiti Terbuka" pertama di Tanah Melayu yang telah berjaya melahirkan ramai ulama dan cerdik pandai Melayu/Islam pada era sebelum Perang Dunia II - tak hanya di Kelantan tetapi juga di seluruh Semenanjung Melayu dan malahan merangkumi sehingga Sumatera Utara dan Kalimantan juga.

Selain bercerita tentang sisi sejarah Masjid Muhammadi yang telah menjangkau usia 150 tahun pada 2017, buku ini juga berkisah tentang "Universiti Terbuka" atau nama rasminya Halaqat Kitab Masjid Muhammadi ini. Dalam buku ini anda boleh menemukan beberapa nama guru utama yang sangat berperanan dalam mengajar dan mendidik santri-santri mereka, di samping menyenaraikan 100 nama santri yang sempat terdidik lewat halaqat ini sebelum muncul menjadi tokoh-tokoh besar di berbagai tempat dan negeri. Turut dirakamkan juga ialah nama-nama kitab daras yang digeluti mereka sehingga melayakkan mereka menjadi tokoh-tokoh ulama yang disegani dan dihormati pada zamannya. Kecuali itu, buku ini juga diperkaya dengan senarai nama-nama imam, bilal, khatib dan petugas masjid, sejak awal hingga akhir, yang bertanggungjawab mentadbir, mengatur dan mengurus masjid sehingga mampu muncul menjadi antara masjid terkemuka di Malaysia.

Buku ini ditulis dan diselenggarakan oleh satu tim penulis yang kompeten dan dikenal ahli dalam bidang kajian sejarah dan budaya tempatan negeri Kelantan, termasuk sejarah ulama dan dakwah Islamiyyah yang menjadi mercu tanda negeri ini. Sungguh suatu rakaman sejarah dan dokumentasi yang sangat menarik untuk disemak dan diabadikan!