Panduan Aktiviti Harian Kanak-Kanak Autisme
- Regular price
- RM 40.00
- Sale price
- RM 40.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Panduan Aktiviti Harian Kanak-Kanak Autisme
Author: Farahiyah Wan Yunus, Masne Kadar & Nor Afifi Razaob@Razab
Publisher: UKM Press
ISBN: 9786294864023
Weight: 350 g
Pages: 176 pp
Year: 2025
Price: RM40
Buku ini adalah dihasilkan daripada rujukan bahan ilmiah dan hasil kajian bersama lapan orang pelajar Ijazah Sarjana Muda Program Terapi Cara Kerja, Fakulti Sains Kesihatan, Universiti Kebangsaan Malaysia. Buku ini merupakan buku panduan yang komprehensif, direka khas untuk membantu ibu bapa, penjaga, guru pendidikan awal kanak-kanak, dan terapis dalam melatih kanak-kanak berumur 1.5 hingga 3 tahun yang menunjukkan ciri-ciri autisme. Buku ini memberi tumpuan kepada latihan aktiviti harian asas (ADL) seperti makan, memakai pakaian, menggunakan tandas, menjaga kebersihan diri, dan mandi, serta aktiviti harian instrumental (IADL) seperti komunikasi, sosialisasi, dan interaksi dengan haiwan peliharaan. Panduan ini disusun secara sistematik, merangkumi pengenalan setiap aktiviti, teknik yang mudah diikuti, dan strategi yang disesuaikan mengikut perkembangan setiap kanak-kanak. la membantu mempersiapkan kanak-kanak untuk mencapai keberdikarian dalam kehidupan seharian dan memudahkan proses pembelajaran mereka. Dengan menyediakan gambaran awal tentang tahap perkembangan kanak-kanak dan jadual bergambar yang menarik, buku menjadi rujukan penting untuk sesi latihan yang berkesan di rumah.