Panduan Ibnu Qayyim al-Jawziyyah tentang Pendidikan Islam: Teori dan Penerapan
- Regular price
- RM 39.00
- Sale price
- RM 39.00
- Regular price
-
RM 0.00
Share
Panduan Ibnu Qayyim al-Jawziyyah tentang Pendidikan Islam: Teori dan Penerapan
Author: Raihaniah Zakaria, Mohd Farid Mohd Sharif & Ahmad Sabri Osman
Publisher: USM Press
ISBN: 9786294600249
Weight: 343 gm
Pages: 182 pp
Year: 2026
Price: RM39
Adakah anda seorang pendidik, pelajar atau ibu bapa yang mencari panduan holistik dalam memahami dan mengaplikasikan pendidikan Islam? Buku ini adalah kunci kepada khazanah pemikiran dan panduan praktikal berdasarkan karya agung Ibnu Qayyim al-Jawziyyah.
Antara topik menarik dalam kandungan buku ini ialah ruang lingkup pendidikan Islam, hakikat dan tujuan pendidikan Islam merangkumi tujuan tertinggi dan tujuan umum, perkembangan kurikulum pendidikan Islam, ilmu fardu ain dan fardu kifayah, serta metodologi pendidikan Islam yang merangkumi metodologi pengajaran dan pembelajaran. Secara keseluruhan, setiap topik yang dibincangkan menjadikan buku ini sangat relevan dengan bidang pendidikan. Oleh hal yang demikian, buku ini boleh dijadikan sebagai bahan rujukan bagi kursus-kursus berkaitan pendidikan khususnya bidang falsafah pendidikan Islam, pengajian kurikulum dan pedagogi pendidikan Islam yang ditawarkan di institusi pengajian tinggi awam dan swasta.
Buku ini bukan sekadar sebuah bahan rujukan, tetapi juga sumber inspirasi untuk memperkaya sistem pendidikan Islam. Dapatkannya sekarang dan jadikannya panduan anda dalam melakar pendidikan Islam yang lebih cemerlang!